Monday, October 25, 2010

EXAM !!!!  EXAM !!!!  EXAM !!!!

CORETAN KHAS BUAT KAKAK, ABANG,
ADIK-ADIK SEMUA




Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.


01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

 
Iman kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.



 
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.




04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dengki-mendengki 1 sama lain dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring. SESUNGGUHNYA BERUNTUNGLA IA JIKA SLING MENGASIHI SESAMANYA..TIDAK HIDUPNYA AKN KUCAR-KACIR TTPI SENTIASA DRAHMATI ALLAH S.W.T


05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.


06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


 

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]






ENJOYYYYYYY THE SONGSS:):):):)

Thursday, September 9, 2010

R.A.Y.A...R.A.Y.A...R.A.Y.A.....


KAMI LANA'S MENGUCAPKAN.................................

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.....

maafkan kami.....maafkan kami......maafkan kami.... (lagu p.ramlee)..=p

Di kesempatan ini, kami mahu mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada follower kami, lecturer kami serta sahabat handai..adakalanya kami x sedar akan perbuatan kami...harap dimaafkan yea...^^

Raya nie jemput la datang umah kami..alaaa x jauh..klang dan kajang jer..hehe

Makan kuih raya tue, ingat2la Lana's yea...hehe..moga aidilfitri pada kali ini, membawa makna yang bererti kepada anda semua....

keep in touch with us ok...

Salam sayang dari LANA'S BLOG....

Sunday, August 22, 2010

Kami Rakan Sekelas..=p

Ini la rakan sekelas kami..yang bertudung pink tue, lecturer kami Pn.Sharifah..sangat sporting untuk bergambar sebelum kelas bermula...hehe

ini la akibatnya apabila kerajinan untuk bergambar mula muncul..hehehe..ksian member kelas yg lain coz disuruh bergambar jugak....u guysss rockkkkk...=p

pembetulan...silap edit..bukan administrative tapi administration..^^ kesilapan amat dikesali =p

pose guysss pose.....hehehe....sangat sporting la..aktiviti ini akan berterusan sampai kami semua abis belajar..^^

alamakkkkk nabila tertutup mata..but she still cute...^^...

gambar-gambar ni diambil waktu kelas IT, time ni miss x masuk lg, ape lagi, kami pun bergambar la untuk mengisi masa lapang...hehehe....sayang kamoo semua......^^

Salam Sayang Dari Lana's Blog...

Saturday, August 21, 2010

Puasa-Puasa..

Salam ramadhan dan salam sejahtera to all our friends...^^
macam mana puasa kali ni? ok x? dh buat persiapan raya ker? hehe...lama Lana's x update blog, al maklum la, busy menelaah buku..hehe...lgpun exam nak dekat dah....

fuhhhhh nervous ble sebut pasal exam...tp yg best time tu la kami semua akan duduk sama2 kat kedai makan atau rumah kawan, belajar sesame...^^...

so, this week kami belajar speaking kat kelas ms ezyze..mmg best...happening bila masuk kelas tue...kami semua kene buat mimik muka, gaya badan siap ada yg berlakon..hehe...

aktiviti terbaru Lana's? kami semua nak buka puasa sesame....yeaaayyyyy...kami tengah merancang2 supaya x bertindih dgn aktiviti lain...cadangan tempat?? Restoran Nelayan, Titiwangsa..yum2.. eh2 tak boleh bayang lebih2 nanti batal puasa..hehehe..

kami akan upload gambar rakan2 sekelas kami...hope korg enjoy dan keep in touch dgn Lana's yea..

SeLaMaT BeRpUaSa & SeLaMaT BeRbUkA & SeLaMaT BeRsAhUr..

Salam Sayang Dari Lana's Blog..mmuuahhhhh

Saturday, August 14, 2010

KISAH MALAIKAT JIBRIL, KERBAU, KELAWAR & CACING

Pada suatu hari, Allah S.W.T memerintahkan Malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.



Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya, “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?” Si kerbau menjawab, “Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.” Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.



Kemudian Malaikat Jibril  bertanya, “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?” "Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar. Mendengar jawaban itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.



 
Lalu Jibril bertanya kepada si cacing, “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?” Si cacing menjawab, “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia.  Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”
Sekeping gambar............

Thursday, August 12, 2010

Rasuluallah model terbaik insan cemerlang

SETAKAT manakah pencapaian seseorang insan itu untuk diiktiraf sebagai cemerlang dan apakah kriteria diguna pakai bagi mengukur tahap sesuatu kecemerlangan. Jika tahap kecemerlangan dapat diukur dengan tepat, maka perancangan strategi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi satu pelan tindakan yang praktikal, kukuh dan jelas.

Oleh demikian, perkara utama adalah penentuan matlamat tepat dan jelas. Sehubungan itu, Allah menggariskan dasar kepada matlamat kehidupan insan seperti firman-Nya bermaksud: Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar. (Surah al-Maidah, ayat 119)

Ayat ini menyatakan kejayaan besar ialah mendapat keredaan Allah dalam tempoh jangka masa panjang yang bersifat kekal dan abadi selamanya.
Segala perbuatan insan sewajarnya dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk mencapai matlamat lain kerana semua matlamat sampingan atau jangka pendek berpunca daripada keredaan Allah terhadap makhluk-Nya.
Justeru, bagi membolehkan semua insan mencapai kecemerlangan, Allah mengutus model insan cemerlang yang tiada tandingan sehingga hari kiamat, tidak lain dan tidak bukan, Nabi Muhammad.

Firman Allah bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).(Surah al-Qalam, ayat 4)

Allah mengiktiraf Nabi Muhammad contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat. Uswatun dalam ayat itu bererti model, contoh ikutan untuk ditiru atau diteladani.

Berdasarkan ayat ini, keredaan Allah sesuatu menjadi harapan (yarju) bagi setiap insan yang sedar kedudukannya sebagai makhluk tidak memberikan kesan terhadap apa-apa benda atau perkara melainkan dengan izin-Nya.

Tema Insan Cemerlang Ummah Terbilang menggambarkan hasrat untuk mencapai matlamat sebagai ummah terbilang menerusi penghasilan insan cemerlang. Kewujudan insan cemerlang pada zaman Rasulullah terdiri daripada sahabat. Hal inilah diperjuangkan Rasulullah sejak dulu kini diwarisi ulama.

Kecemerlangan insan bukan diukur secara fizikal atau materialistik. Nilai yang digunakan untuk mengukur kecemerlangan insan ialah ketinggian akhlak.

Bahkan tugas utama Nabi Muhammad ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud:Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu. (Hadis riwayat Muslim)

Mengukuhkan penyataan ini, Allah membuat penegasan dengan firman-Nya bermaksud:bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia. (Surah al-Qalam, ayat 4)

Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayati nilai kerana insan cemerlang ialah yang paling baik akhlaknya.

Rasulullah juga menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? (Hadis riwayat al-Tabrani)

Kesimpulannya, matlamat agung kewujudan manusia ialah untuk mendapatkan keredaan Allah sebagai satu kurniaan nikmat abadi, mManakala ukuran pencapaian atau indeks prestasi insan dalam mencapai matlamat itu ialah tahap ketinggian akhlak seperti dipamerkan Rasulullah.
Namun, penghayatan akhlak semakin merosot di kalangan ummah sehingga gejala sosial menjadi isu sukar dibendung. Untuk mencapai tahap akhlak yang tinggi, perlu kembali kepada ajaran Islam dengan menegakkan nilai Islam dalam kehidupan.

Wednesday, August 11, 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...MABRUK YA RAMADHAN:):)

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dapat juga bertemu dengan ramadhan tahun ini..ada perasaan gembira,teruja dan sedih...gembira sebab dapat puasa lagi, teruja sebab dapat puasa dengan keluarga, sedih mengenangkan insan-insan yang lebih awal pergi menyambut seruan ilahi dan insan-insan yang ditindas oleh orang-orang yang tidak berperikemanusiaan..sedekah al-fatihah dan yasin pada yang yang telah pergi..doa smoga sihat selalu bagi yang masih ada..LANA BLOG ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK bersama keluarga tercinta dan buat sahabat-sahabat semua..tekadkan azam dan taqwa padaNYA buat diri kita supaya ramadhan kali ini lebih cemerlang daripada ramadhan yang sebelumnya ..isi dengan SEDEKAH, BACAAN-ALQURAN, JAGA TUTUR KATA DAN TINGKAH LAKU, SOLAT WAJIB MAHUPUN SOLAT SUNAT....anggap puasa kali ini PUASA YANG TERAKHIR KALI BUAT DIRI KITA..imarahkan ramadhan sewajarnya..IKUT NAFSU SESAT JALAN,IKUT AKAL DAN HATI ADA JALANNYA.. jgn lupa niat sebulan bulan ramadhan dan diikuti niat puasa untuk esok hari :

1. sahaja aku berpuasa sebulan di bulan ramadhan pada tahun ini kerana ALLAH TA'ALA..


http://www.youtube.com/watch?v=HXAxdKGsKQM&feature=related

2. sahaja aku berpuasa esok hari,di bulan ramadhan pada tahun ini kerana ALLAH TA'ALA..


p/s: KALAU TERLUPA NIAT SEBULAN.NIAT YANG BIASA..

JANGAN PUASA YANG YOK EA RAKAN2:):):)

JOM HAYATI LIRIK LAGU NI:

http://www.youtube.com/watch?v=RaeS-DDl6Qw

Tuesday, August 10, 2010

Makan-Makan...yum..yum..

TADAAAAAA.....rendang ayam dan nasi impit..yang sangatttttttttt sedappppppp...thanks miss sharifah..^^

sebahagian dr member2 kelas yg dh x sabar nak menjamah makanan kat depan mata..hehe
haha..cik lydia..bab makan memang dia suka..hehehe...she one of our 'Lana'
alia with farida...pic ini di amik time waktu makan-makan tue..tapi time ni dh abis makan..hehe


hope korang enjoy dengan blog kami nie...always keep in touch dengan kami yea...

salam sayang dari LANA'S BLOG......Muahhhxxx..

Lana's & Friend...^^


Kami masa kelas lab..(ini sebelum pensyarah mengajar ok,...hehe)
pic ni pulak time miss tengah mengajar..(sorry miss, iklan sekejap..hehe)..
yeahhhhhh....belajar time!!!!!!
sape kah gerangan???? hahaha..
 ini jiran seberang kami..hehehe


Kali nie kami upload gambar2 yang sempat dirakamkan oleh lensa kami..hehe


salam sayang dari LANA'S BLOG

Hari Yang Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog kami......anda semua sihat???? hehe...
hari ini 09/08/2010...lagi 2 hari je untuk umat islam berpuasa...dh sedia??? ^^

nama pun hari isnin kan..so kami semua kena pakai formal pegi kolej..mcm nak raya pula rasenye..hehe..hari ni g kelas bestttt...paling best...miss sharifah (pensyarah untuk subjek IT) buatkan kami satu kelas RENDANG AYAM & NASI IMPIT...SEDAPPPPPPP.huhu...rezeki...rezeki.....ape lg..berjemaah la kami semua kat kangkung (tempat makan) untuk menjamahnyer....yum..yum.....DELICIOUS...hehe..(miss nak lagiiiiiiii...haha)..

ape yang tak best hari nie...kami belajar kat lab yang tak de internet...sedih2...huhu...owh yer...nak kongsi satu cter nie......petang tadi lepas habis kelas, member kami lydia (die bawa keta g kelas)..tersekat di lalu lintas kat depan casa ria ade satu traffiq light kat situ...ingatkkan ada excident..rupe2nyer...ada satu keta kancil, cina berumur yang bawak..die sanggup berhenti keta kat laluan tengah sebab nak bagi seekor kucing lalu lintas...

sungguh baik uncle tu..yang menjadi masalah paling besar...uncle tu bleh buka pintu dan angkat kucing tu untuk menyeberangi jalan..niat uncle tue memang baik..bagus tindakan uncle tu, kan bagus kalau rakyat malaysia macam uncle tu. TAPI uncle tue yang menyebabkan lalu lintas menjadi sesak...haiyaaa uncle..lain kali tolong buat dengan cepat lor...hampir2 ade excident tadi....

moral daripada cerita ni..nak tolong pun berpada la, ingat juga kat orang sekeliling..maybe uncle bleh amik kucing tue dan berhentikan kucing tu kat mana2 ker...btul tak uncle??? apa-apa pun..terima kasih uncle sudah selamatkan nyawa kucing tue..^^

itu sahaja la cerita kita untuk hari ini...hehe..owh yer..hari ini ktorg ade shoto2 (amik gambar)..gelagat-gelagat kami dan rakan sekelas kami, sebentar lagi kami upload..^^ .....

enjoy  yourself and keep in touch with us yea.....^^


salam sayang dari LANA'S BLOG...

Sunday, August 8, 2010

Halu..Halu..

Assalamualaikum..... dan selamat sejahtera kpd semua yg melayari blog kami ini....^^

 hehe, mcm formal plak ayat kat atas nie kan..huhu...blog nie bukan la untuk orang yang serius2..kte have fun yek dgn blog kami nie...harinie adalah pengenalan kepada blog kami nie...

  kami terdiri daripada 4 orang sahabat..seorang lelaki dan 3 orang perempuan..hehehe..insyallah kami akan rajin mengupdate blog kami nie..almaklum la..kami masih student lg..kami sekelas, amik Bac.Business Administration...

 kat blog kami nie, kami akan update segala aktiviti yang kami akan lakukan dan sudah lakukan....kenapa pilih nama 'lana's blog'????? sebab.......  

      L (lydia) A (azreen) N (nasriq) A (alia).....nama kami berempat..^^

keep in touch dengan kami yea...^^

Blog nie dicipta oleh 4 org sahabat...iaitu..... 
  • Encik nasriq
  • Cik azreen
  • Cik alia
  • Cik lydia...

salam sayang dari  Lana's blog...